Thursday, August 2, 2012

They , Come Again and Again.

Life is just like rainbows. Full of colors, full of joy and hope, sorrow and happiness.
And me, day after day, new things come, and old things go. But yes sometimes they took away my tears.

Love is just too sweet.

I just found that got two new commenters for this blog. Abdullah and azfartarmizi. Thanks for your visit, appreciate your comments so much. The comments got same idea, as what i wrote in previous notes.
Is not easy to accept who I am, and to accept whatever happened in life.

People come and go, and we still here to wait what to happen next, and try to face it as good as we can, and try to keep the smile as sweet as we can.

Saturday, December 17, 2011

Be with ....

I just read a quote, from my friend's phone's wallpaper.

"be with the one who make you happy
not the one who make you sad"

then i just think about him.
he's just unexplainable.
he's neither make me happy nor make me sad.
but then i remember how sweet the way he treat me last time.
even though it is too short,
but those moments cultivates love in my heart.
which that even he's not the one i knew before,
but the love makes us together.

i love him so much.

and also it is unexplainable.!

yes sometimes should be with the one who makes you happy,
but most of the time you should be with the one you love.
and he is my love.
i hope it is forever.

......................................

Tuesday, December 6, 2011

Aku, Dia dan Y

Tadi aku ke biliknya. Macam biasa, aku cukup rindu pada dia. Kami cakap tentang gadis kesayangannya. Yana.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku boleh cinta pada dia. Sedangakn sebelum ni aku cukup berhati-hati bila dengan maan-mana lelaki. Apapun, aku cuba fahamkan, ia semuanya taqdir. Rancangan tuhan. kadanag- sayang, benci, cinta, rindu, suka atau tidak, semuanya uncontrollable. Kita tak mampu mengawalnya. Bila ia positif, yang aku mampu hanya menikmatinya. Bila ia negatif dan menekan, kadang-kadang aku terasa dunia ni dah takda nilai dan ertinya. Mujur aku ada agama dan tuhan, kalau tidak entah aku di mana sekarang.

Aku cukup sayangkan dia. Tadi aku katakan segala yang ada pada aku milik dia. Hehe, kecuali isteriku,kalau aku berkahwin nanti. Entahlah, aku tak boleh menyesal mencintai dia. Apakan daya, ini juga percaturan Tuhan, aku cuba mencari positive side. Entah macamana taqdir aku dengan dia. Mencintai orang yang dah punya pasangan, dah ada awek. Aku tahu dia cukup sayangkan Yana, kadang ada juga dia kol Yana, manja sangat. Nak je aku putuskan hubungan, tapi aku fikir,apa perlunya. Dia takkan jadi milik aku juga. kami sejenis.

Belum lagi aku jumpa lelaki yang aku sayang, macam aku sayang dia. Mungkin ada, tapi tak sekuat ini. Apa yang kami pernah buat sekali buat aku menangis sendiri. Kadang aku lihat gambar kami sekali. Aku redha ujian tuhan, buat manusia macam aku. Mungkin lelaki lain tak se"perasaan" macam aku,. Juga dia. Aku rasa apa yang dia tak rasa. Dia cintakan Yana. Aku cintakan dia. Entahlah.

Tapi bila aku dilanda ujian macam ni, aku rasa aku lebih dekat dengan Tuhan. Setiap masalah aku, aku tak kongsi masalah dan perasaan aku dengan sapa2 pun, kecuali dengan dia, dan Tuhan. bagi aku dia juga manusia biasa. Dia punya hak untuk hidup sebagai dia. Dia berhak bermanja-manja dengan Yana, macam pasangan lain. Ya aku tahu dalam Islam, couple sebelum kahwin dilarang. Tapi juga dalam Islam,aku tak layak paksa dia untuk taat agama, sebaliknya lebih memujuk kepada agama. Aku? Aku sekadar orang yang mencintai dia. Aku tak layak pun dapat cinta dia. Aku bukan perempuan. Ya memang susah,memang sukar. Tapi itulah ujian sebagai aku.

Positive side, mungkin lelaki normal pun akan alami benda yang sama. Kekasih, bercinta bertahun-tahun, at last awek tersebut minat kat lelaki lain. Mungkin perasaannya sama. Situasi sama. Si pakwe lama, takda hak untuk halang si aweknya untuk mencintai pakwe baru. begitulah, yang kadang-kadang ada yang frust sangat tu. AKu dan dia, sekadar kawan biasa. Cuma gaya, sikap dia buat aku sayang, sayang sangat. Sayang yang aku sendiri tak faham. Aku just kesian kat dia sebab jumpa orang macam aku. Sincerely, aku dambakan cinta dia. Aku nak apa yang aku rasa, dia juga rasa. Aku nak dia layan aku, macam atau lebih dari dia layan Yana. Tapi tu semua mustahil kan? Aku yang bodoh. Tapi apakan daya, aku juga manusia yang dikuasai perasaan. Nafsu. Keinginan.

Bercerita tentang taqdir, aku yakin benar ada hikmah di sebalik semua ni. Mungkin ada juga hikmahnya. AKu tak lagi buka web porno. Aku tak lagi suka chat dengan gay-gay di internet sana. Entah bila last aku buka FB gay aku. Aku tak lagi fikir bukan-bukan bila tengok lelaki hensem. Biar dia tak sehensem mana, tapi bila cinta, aku tak nampak semua tu. Yang aku tahu, aku sayangkan dia. AKu terfikir, sebab apa bilik kami ni dekat, kenapa bila cuti lepas dia mssg aku, tanya khabar, dan sekali dia call aku. Bila aku nak samapi ke kampus, dia yang sambut aku, dan minta aku datang ke biliknya. Bila dulu rumet belum sampai, aku hanya makan dengan dia.

Kalaulah sesiapa yang ada naluri sama dengan aku, juga pasti rasa yang sama. Nak sangat dia berada di sisi.

Ya Allah,kurniakan aku kekuatan.

Semoga tuhan aku bagi aku kekuatan hadapi semua ni.

Aku ada blog-blog lain, tapi dalam period ni, aku rasa lebih suka luahkan perasaan ni blog ni. kalau ada nasihat atau apa saja, aku sangat alu-alukan.

Friday, November 18, 2011

Bukan Mudah Menjadi Gay...

Lagu latar ~ It's not easy to be me

Kebebasan gender, kebebasan seksual dan segala jenis kebebasan.Berita – berita tentang Amiga dan konco-konconya buat aku cukup tergamam. Namun yang lebih buat aku terkesan ialahtentang begitu sensitif bila orang mula menyebut tentang golongan gay, lembut, dan homosexual. Golongan ini yang akan jadi mangsa bila kisah-kisah kebebasan seksual mula disebut. Sedangkan yang diperjuangkan Amiga bukan sekadar kebebasan homoseksualiti dan gay, sebaliknya lebih dari itu. Isu kebebasan seks(seks bebas) dan lesbian juga turut disentuh.

Mungkin ramai yang belum memahami mengapa gay menjadi gay. Cukup ramai yang menghukum homoseksual menjadi seorang seksual. Ia bukanlah sesuatu yang mudah menjadi seorang gay. “gay guy” atau lelaki gay cukup berbeza dengan lelaki biasa. Mereka diuji dengan ujian yang berbeza dengan ujian lelaki-lelaki lain. Gay bukanlah suatu ciptaan sendiri. Tidak dinafikan ada demikian banyak gay di dunia masing-masing punya sebab mengapa mereka mempunyai nafsu kepada golongan sejenis. Apapun hakikat yang perlu diterima kebanyakan golongan gay menjadi gay atau mempunyai nafsu gay bukan dari pilihan sendiri.

Secara kasar, boleh saya klasifikasikan golongan gay kepada beberapa kelompok atau puak. Oleh kerana perbincangan ini lebih menjurus kepada agama Islam sebagai agama yang benar dan diredhoi tuhan “Allah” sebagai pencipta seluruh makhluk, maka tidak salah saya katakan secara utama gay dibahagikan kepada dua, golongan yang beriman dan beramal kepada Allah, iaitu Muslim sebenar (true muslim) dan sebaliknya, iaitu golongan gay kurang iman atau tidak beriman (non-muslim). Dari pecahan besar ini senang untuk saya terangkan bahawa jika benar-benar ingin menilai siapa golongan gay dan cabaran mereka, cuba nilaikan dari persepktif seorang Islam yang mengamalkan ajaran Islam. Sekiranya kita tegas menghukum golongan gay dari perspektif seorang yang jauh dari pegangan agama, ia merupakan suatu yang tidak munasabah. Seks adalah pilihan sendiri. Terang-terangnya, seorang yang jauh dari agama, biar mereka bukan seorang gay, tetap mereka boleh melakukan hubungan seks sejenis.

Lantas di bahagian mana boleh kita menilai gay? Di pihak saya, pada pandangan seorang yang serba sedikit faham tentang ini, sebaiknya nilailah dari sudut soerang yang originally mengalami perasaan gay. Mudah di sini untuk saya terangkan, gay ini adalah perasaan dan naluri. Ia bukan suatu pilihan, sebaliknya ia adalah ujian. Berapa ramai kanak-kanak yang dibesarkan secara normal seperti adik-beradik lain, namun entah kenapa, dia sendiri adalah seorang gay, berbeza dengan siblings yang lain, yang juga makan dan minum dengan makanan dan minuman yang sama, bersekolah di tempat yang sama, persekitaran yang sama, genetik yang hampir sama. Ya tidak dapat dinafikan ada antara lelaki-lelaki yang mendapat pengaruh seksual sejenis ini ketika berada di sekolah dan sebagainya, namun berapa ramai yang sejak di bangku tadika, minat mereka kepada golongan sejenis sudah wujud. Adakah kerana mereka sudah pandai menonton porno gay, atau apakah?

Bagi pihak saya, cukup banyak golongan gay yang sudahpun dijangkiti virus gay, diserang kanser gay sejak awal lagi. Ia bukan pilihan! Biar saya tanyakan kepada mana-mana pembaca, bagaimana anda ada minta kepada wanita? Adakah kerana anda diajar tentang itu? Saya menolak apa-apa alasan bahawa secara normal laelaki akan bernafsu kepada perempuan, kerana hakikatnya ia datang dari kita. Pernah dengar bagaimana seorang lelaki yang tidak bernafsu lansung kepada perempuan sebelum akhil baligh? Ya tidak ramai tapi masih ada. Bagaimana? Ya ia juga bukan pilihan. Begitu juga golongan gay, ia datang dari hati. Kami diuji dengan lelaki kacak dan handsome sama seperti lelaki lain melihat perempuan seksi. Kami mencintai seorang lelaki yang kami sayang, sama seperti seorang lelaki yang tanpa sengaja mencintai seseorang perempuan , dengan istilah jatuh cinta. Dan ya, ia bukan pilihan. Ia adalah perasaan.

Bahkan ujian kami lebih besar. Kami bersama lelaki ketika di tandas, kami duduk tinggal serumah dengan lelaki, kami makan dan minum dengan lelaki,khususnya yang cukup berpegang dengan agama. Mungkin jika kami terlencong dari landasan agama, tiada masalah yang besar sangat,kerana kami dapat menyesuaikan diri dengan golongan wanita, yang terang-terang mereka juga bernafsu dengan lelaki. Dan ya, ia tidak applicable kepada lelaki yang bernafsu kepada kedua-dua golongan. Cukup yang di atas, jika anda seorang yang cukup meminati wanita, dan hidup anda dikelilingi perempuan yangtidak bertudung, bergaya segala segi, atau yang sifatnya cukup anda mintai, wajah yang cukup mempesonakan anda, apa jawapan anda jika anda terpaksa duduk tinggal bercampur gaul dengan golongan wanita-wanita ini? Jawapannya pasti, anda tak dapat mengawal nafsu, sekurang-kurangnya anda akan suka melihat mereka atau cuba mendekati mereka secara seksual jika ada peluang. Ketika ini si lelaki punya kuasa, kerana secara biasanya, lelaki bernafsu kepada wanita dan sebaliknya, berbeza dengan golongan gay. Tiada siapa tahu kita gay, jika tiada alasan untuk label tersebut.

Jadi ujian golongan gay cukup besar. Ya benar berdosa besar seorang lelaki melampiaskan nafsu kepada lelaki lain, namun di sudut lain, tahukah anda berapa lama dia terpaksa bertahan dengan nafsu itu dengan bisikan-bisikan syaitan yang cukup memusnahkan. Bukan semua lelaki gay kuat menghadapi ujian. Kami juga manusia,punya nafsu, punya mata, dan punya peluang berbuat dosa masing-masing. Kami dihina kerana perasaan kami, ya kerana ia cukup salah bila kami mengakui kami ini gay dan sebagainya, kerana ia bertentangan dengan norma agama yang telah tetap. namun seorang lelaki yang dating dengan mana-mana wanita yang belum dikahwini, sebenarnay dosa tetap sama. Mendekati zina hukumnya berdosa.

Konklusinya, sebenarnya ada ramai gay yang terpaksa berdepan dengan cabaran ini. Dan penyelesaiannya mereka tiada lain, melainkan mati. Anda suka jika seorang mati kerana perasaan mereka, walaupun mereka tak buat apa-apaun yang bercanggah dengan syarak? Tentu tidak bukan. Kerana mujahadah mereka yang cukup besar. Ujian mereka cukup getir, dan perasaan mereka membunuh. Lelai yang mereka cintai berada di sekitar mereka tanpa mereka dapat buat apa-apa. Mereka tak boleh berkahwin apa lagi melampiaskan nafsu. Hidup sebagai seorang muslim yang bernaluri gay cukup sukar, cukup payah. Cukuplah kita menghina golongan ini, kerana bukan itu pilihan mereka. Ia ujian tuhan. Yang harus disalahkan ialah perbuatan. Liwat, berdating sesama jantina dan sebagainya. Sedar tak jika kita menghina seseorang, kita juga bakal diuji? Semoga Allah lindung saya.Amiin.

p/s: sorry my dear English blog readers.

Bilik~19/11/11, 8.41am

Wednesday, November 3, 2010

Hi All

I need some support...

Support in my life,
love
happiness
rest
friends

Monday, November 1, 2010

My Entry After A Long Rest

huh,

I'm so sorry to all my follower. Emmm, actually i don hv enough idea to be post here.

But now i want to story about a guy i know from yahoo messenger.

I love chatting, as it is my hobby since i got this first lappy,
and dramatically i always chat with PLU,haha!

Since last week, i know this guy, near 30 y.o., married, and he is a teacher,.. LOL
but it is normal in PLU world. It is up to the person, even he is good in practicing religion.

Haha, i hope he wont do bad things to his student.
We chat, and share some pictures. But due to very slow connectivity, i cant make webcam chat with him. Nevermind, it is better we know each other deeper.

One thing, I start to like him. But i really dont want to love somebody that i dont know who he is.

So it is about time.

Please gimme some advice

Monday, August 23, 2010

"Pair" ship

Sometimes the feeling comes to my thinking,
should I ask him to forgive me.
i may look egoistic for not doing that,
but "surely" the word " sorry" is not easy to say.

Always look at the sky,
and thinking about it.
I tried so may times to not to think about it,
but still there concrete reasons,
to not to forget him.

Sleep with the eyes getting wet.
I try to not to force you,
to love me.

But I have to love you.

I could not give the reasons.

Oh God,you know
everything.

what happen,
the feeling,
and what to do.

...

Visitors

free counters